Bolehkah anda bayangkan, membeli satu Macaron Family Tissue Case, atau hanya satu Natural Signature’s ECO Mobile Phone Speaker Dock, dan sudah cukup untuk anda memenangi sebuah #Honda #Civic 1.8S !?
Adakah ini promosi? Tidak lagi; ini adalah acara MIMPI JADI KENYATAAN! Buat pembelian anda di kedai laman web (online store) #BIGBRAIN pada 1hb Ogos hingga 31hb Oktober 2018, dan gunakan #FPX semasa membayar, dan anda berpeluang untuk menangi hadiah-hadiah bernilai sehingga RM300, 000 termasuk BUKAN SATU, TETAPI DUA buah Honda Civic 1.8S, dan juga 15x RM5,000 voucher tunai sebagai hadiah saguhati!
Sejak #GST telah dikurangkan kepada 0%, langkah terbaik yang boleh anda lakukan untuk memanfaatkan sendiri dan ahli keluarga semasa ‘cuti cukai’ ini, adalah membeli perabot baru untuk rumah anda, dan memenangi kenderaan baru pada masa yang sama, setuju?
Tiada pendaftaran diperlukan, hanya klik URL berikut, pilih apa sahaja yang anda suka, selesaikan pembelian dengan FPX, dan anda sudah menjadi pelanggan yang layak untuk menyertai: http://www.big-brain.com.my/
#FPXandWin #BigBrain #ipay88
Soalan Lazim: https://bit.ly/2JUsJRN
Terma dan Syarat: https://bit.ly/2v61YV5
【Langkah 'Step-by-step' untuk Menangi Honda Civic】
Langkah 1: Cari produk yang diingini dan klik pada butang 'ADD TO CART'
Langkah 2: Klik pada ikon 'Beg Shopping' semasa anda ingin terus membayar
Langkah 3: Klik 'CHECK OUT' seperti gambar berikut
Langkah 4: Lengkapkan maklumat permbelian anda
Langkah 5: Pilih cara hantaran (Shipping method) yang diingini dan klik 'Continue to payment method'
Langkah 6: Pilih 'ipay88' di seksyen 'Payment method' seperti berikut
Langkah 7: Pilih 'Online Banking', dan memilih akaun bank anda seperti berikut
Langkah 8: Selesai! Anda telah layak menyertai promosi ini, semoga memenangi hadiah!
]]>“MASSTIGE” membawa makna kombinasi “MASS” (popular dan kebanyakan) dengan PRESTIGE (produk berkualiti dan berjenama). “MASSTIGE” hasil gabungan “MASS” dan “PRESTIGE” ditakrifkan sebagai jenama produk yang berkualiti dan popular. Kegiatan reka bentuk dan pengeluaran perabotnya beroperasi di kilang yang bertempat di Indonesia dan Korea. Siri produk berlainan yang menonjolkan ciri-ciri butiran tersendiri telah berjaya menyediakan tempat kediaman yang mesra kepada para pelanggan.
Ciri-ciri Jenama
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, tren drama Korea telah melanda seluruh dunia. Drama-drama Korea seperti “The Master’s Sun”, “A Hundred Year Legacy”, “Bel Ami”, “Emergency Couple” yang hangat di seluruh dunia membangkitkan gelombang budaya Korea sementara perabot fesyen Korea yang kerap muncul di paparan skrin turut menarik perhatian penonton. MASSTIGE DECO telah mengambil kesempatan ini untuk menghasilkan gaya reka cipta yang unik dan inovatif serta berwarna-warni sehingga berjaya menarik minat bintang filem Korea dan berpeluang untuk muncul selalu di paparan skrin. Statistik menunjukkan bahawa perabot MASSTIGE DECO yang pernah muncul dalam lebih daripada 148 karya filem Korea telah menambahkan keceriaan dan kecerahan dalam drama. Pada masa yang sama, para penonton yang meminati gaya kediaman yang berkualiti tinggi terdedah kepada pengalaman kediaman fesyen Korea yang baharu.
Selain Korea,perabot MASSTIGE DECO kini semakin menarik perhatian dan minat pengguna dari Hong Kong, Eropah dan Amerika Syarikat, Jepun, China dan negara-negara lain. Sama ada pasangan baru yang bakal mengharungi suka duka kehidupan bersama-sama, pekerja muda yang bersedia untuk meluaskan kerjayanya, ataupun suri rumah muda yang ingin menyingkirkan tradisi dan menentukan semula takrif baharu gaya hiasan rumah, masing-masing telah bersedia untuk menerima konsep fesyen perabot baharu yang berlainan daripada idea lama hiasan kediaman yang membosankan.Lebih daripada 30 selebriti atau bintang filem dari Korea turut mengesyorkan perabot MASSTIGE DECO.
Lebih daripada 30 selebriti atau bintang filem dari Korea turut mengesyorkan perabot MASSTIGE DECO.
Pengurus
Kim Ji-soo merupakan ketua reka cipta perabot MASSTIGE DECO. Beliau mempunyai pencapaian yang tinggi dalam bidang seni, pandangan yang luar biasa terhadap perabot serta terkenal dengan keistimewaan fikiran dan pandangannnya.Setiap produk yang direka cipta olehnya menjadi kegemaran dalam kalangan orang muda.
Perekaciptaan Perabot
Dari segi pencapaian reka cipta, perabot MASSTIGE DECO telah memperoleh Pensijilan Pengurusan Risiko Perusahaan (CERM) yang dipersembahkan oleh Korea Technology Credit Guarantee Fund (KOTEC) pada Jun 2013. Walaupun MASSTIGE DECO antara perusahaan yang memperoleh CERM namun tidak banyak yang berjaya memperoleh CERM dengan pencapaian “penyelidikan dan pembangunan berdasarkan konsep estetika dan teknis dalam merealisasikan sesuatu tren gaya” yang menunjukkan penilaian yang amat tinggi terhadap taraf pencapaiannya.
Dari segi kualiti, perabot MASSTIGE DECO menggunakan bahan yang dipilih melalui bereberapa peringkat penyemakan untuk memastikan kecemerlangan dan jaminan kualiti. Contohnya, siri perabot TYME kebanyakannya menggunakan bahan kayu tekstur yang bermutu tinggi, kayu mahoni dan kayu mesra alam yang berkepadatan tinggi dalam usaha menghasilkan produk kelas pertama. Selama bertahun-tahun berada di pasaran, MASSTIGE DECO telah mendapat pengiktirafan secara umum daripada para pengguna dan mencapai jualan yang amat memuaskan.
Kategori pelanggan perabot utama MASSTIGE DECO tertumpu kepada golongan wanita yang berumur antara 20 dan 30 tahun yang mengutamakan fesyen dan kemewahan. Selain memiliki kumpulan pelanggan yang unik, MASSTIGE DECO turut menggalakkan gaya kehidupan yang baharu, iaitu “Kediaman fesyen, kehidupan selesa”.
Siri Produk
Perabot MASSTIGE DECO dapat memahami keperluan penggunanya dengan tepat dan cepat dengan menentukan golongan muda yang mementingkan gaya fesyen sebagai sasaran pelanggan utama mereka. Antara 30 produk yang mempunyai jualan terbanyak dalam platform e-perniagaan terkenal Korea, terdapat 13 produk merupakan perabot MASSTIGE DECO. Setakat ini, MASSTIGE DECO telah mengeluarkan 18 siri perabot.
BIG BRAIN x MASSTIGE DECO
BIG BRAIN yang giat berkembang di Malaysia untuk menjadi jenama perabot yang dipercayai dan diminati oleh para pengguna telah memperkenalkan gaya kehidupan yang lebih baik ke Malaysia melalui perspektif global yang dianggap sebagai misi utama pengusaha yang terlibat dalam industri perabot. BIG BRAIN mengintegrasikan trend gaya kehidupan negara-negara yang berbeza serta menyediakan cara penyelasaian isu kediaman yang komprehensif, dan seterusnya membahagikan gaya produknya mengikut gaya kehidupan dan budaya tempat masing-masing.
MASSTIGE DECO berperanan sebagai pemimpin dalam kalangan pihak pengilang serta peruncit perabot Korea yang dilengkapi keupayaan dan kemampuan yang kuat dalam perekaciptaan, pengeluaran dan saluran jualan antarabangsa. Idea MASSTIGE DECO yang mengalakkan pengguna menuntut gaya kehidupan idaman mereka juga bersesuaian dengan prinsip BIG BRAIN. Oleh itu, BIG BRAIN memutuskan untuk memperkenalkan siri perabot MASSTIGE DECO ke Malaysia supaya menyediakan pilihan gaya yang inovatif dan segar serta peluang alternatif yang lebih luas dan seiring dengan trend fesyen dunia.
Mari tengok sejumlah 4 siri perbabot MASSTIGE DECO yang diperkenalkan oleh BIG BRAIN dalam gelombang pertama:
]]>Hidup di zaman ini bukan mudah, lagi lagi buat mereka yang berniaga. Persaingan demi persaingan yang hadir hampir setiap hari mampu membunuh cita cita usahawan. Namun ini cerita berbeza buat Big Brain – sebuah kedai perabot yang menongkah arus melawan persaingan mendatang.
Big Brain hadir dari idea 4 orang sahabat yang mempunyai kelebihan masing masing. Namun perjalanan mereka sehingga ke tahap sekarang bukanlah mudah malah terpaksa berdepan liku liku yang mampu mematahkan semangat.
Hadir dengan konsep rekaan moden klasik, kini jenama Big Brain semakin dikenali. Bertempat di Johor Bahru, pengalaman yang diberikan oleh anak muda ini ternyata mengubah selera mereka yang meminati dunia perabot.
Kami kongsikan dulu beberapa perkara menarik tentang Big Brain:
Tahun pertama berada di dalam industri, ramai pelanggan yang pelik kerana Big Brain tidak menawarkan diskaun dan menimbulkan persoalan pula. Namun sehingga hari ini makin ramai pelanggan yang menghormati keputusan mereka itu.
Ini kerana harga yang mereka tawarkan adalah termurah berbanding pesaing lain terutama Ikea, eh. Sebab apa murah? Teruskan membaca.
Ini pun jadi masalah bila harga perabot yang ditawarkan oleh mereka sangat berpatutan sehingga menimbulkan keraguan sesetengah pelanggan sekaligus menyifatkan barangan mereka tidak berkualiti.
Rahsianya, pihak Big Brain berhubung terus dengan pengeluar sekaligus menjimatkan kos orang tengah yang akan membuatkan harga semakin tinggi melambung. Tak usah risau kerana perabot yang ada di sini dijamin 100 peratus adalah buatan Malaysia.
Pengalaman sering mengajar kita menjadi lebih tabah dan matang. Big Brain sangat menjaga pelanggan mereka dan bila ada yang tidak berpuas hati, mereka akan berikan yang terbaik.
Kisahnya bermula bila ada pelanggan kurang berpuas hati sebab ada kerusi meja yang berbunyi ‘kik-kok’ tidak henti-henti. Jadi mereka bawa kerusi baru tapi bila dah sampai, rupa rupanya permukaan rumah pelanggan itu sendiri yang tidak rata sekaligus menghasilkan bunyi ‘kik kok’.
Ini adalah beberapa kisah menarik sepanjang perjalanan mereka sehinggalah kini disegani oleh pelanggan mereka. Melalui perabot berkualiti, kini rata rata mereka yang berpuas hati dengan mereka akan datang kembali.
Servis yang terbaik dan juga layanan pelanggan yang menyentuh hati pastinya membuatkan anda jatuh cinta. Anda ada soalan? Hubungi terus mereka di sini atau terjah laman web mereka, big-brain.myshopify.com untuk maklumat lanjut.
Jom tengok beberapa lagi pilihan perabot yang sangat menarik yang dikeluarkan sendiri oleh mereka dan anda boleh dapatkan terus di Big Brain. Kualiti memang mengancam habis, tapi percayalah ini hasil tangan anak Malaysia! Enjoice!
]]>
1. Bentuk bilik tidur
Bentuk segi empat tepat dan rata adalah pilihan yang terbaik untuk bilik tidur, kerana bentuk yang tidak teratur mewujudkan ‘Qi’ yang tidak seimbang berada di seluruh ruang. ‘Qi’ yang tidak seimbang boleh membawa ketidakstabilan emosi, tidur terganggu dan kelesuan kepada penduduk.
2. Kepala katil bersandar dinding
Dalam Feng Shui, tidur adalah aktiviti ‘Yin’, dengan itu, ia memerlukan ciri ‘Yin’ seperti dinding - kukuh dan tidak bergerak - untuk memberi sokongan kepada katil. Jika meletakkan katil di sektor ‘Yang’ , akan mewujudkan ‘Qi’ tidak seimbang dan ini akan mengganggu kualiti tidur kami dan seterusnya kesihatan kita juga dipengaruhi. Jika katil diletakkan di mana kepala katil terhadap sudut, berhati-hati kerana lebih banyak masalah boleh berlaku kepada penduduk. Walaupun mereka mungkin telah mencapai matlamat Feng Shui, menoreh ke arah yang baik, tetapi dalam masa yang sama ‘Qi’ yang ganas (Sha Qi) akan menunjuk terus ke kepala mereka.
3. Jangan letakkan katil terhadap tingkap
tingkap tergolong dalam ciri-ciri ‘Yang’. Oleh itu, meletakkan kepala katil terhadap tingkap boleh membuat ‘Qi’ yang tidak seimbang dalam seluruh bilik secara tidak sengaja. Pada masa yang sama, angin kencang boleh meresap melalui tingkap dan ‘melanggar’ kepala anda, menyebabkan kualiti tidur dan kesihatan anda terjejas. Anda boleh menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan langsir tebal dan memastikan tingkap ditutup ketat apabila anda tidur.
4. Elakkan kaki anda menunjuk ke pintu bilik
Jika kaki anda menunjuk ke arah pintu bilik, ‘Qi’ akan tergesa-gesa masuk melalui pintu dan ‘melanggar’ ke tempat tidur anda secara langsung, menyebabkan malam yang resah. Penyelesaian adalah agak mudah, hanya bergerak katil anda ke kedudukan baru di mana ia tidak sejajar langsung dengan pintu bilik tidur.